Selasa, 2 Julai 2019

KEK MARBLE SEDAP

Assalamualaikum & salam sejahtera...



Kek  marble sedap....banyak resepi kek  marble tapi resepi ni antara yang senang nak  dibuat dan  sangat sedap....


Bahan-bahan :
250gm butter /seketul
3/4 cawan gula kastor
5 biji telur gred C/kalau gred A/B guna  4 biji  jer
3 sudu  makan susu  pekat
2 cawan tepung blue key self-rising
1 sudu kecil esen vanilla
Pewarna merah
2 sudu kecil coklat emulco

Cara-caranya :
1. Pukul butter & gula hingga gebu dan bertukar warna putih. Guna mixer yer .
2. Masukkan telur satu persatu dan pukul sebati.
3. Masukkan pula esen vanilla & susu pekat. Pukul lagi sebati .
4. Kemudian, masukkan tepung sedikit  demi sedikit dan gaul sebati menggunakan senduk kayu.
5. Bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan  pertama warna  asal,kedua masukkan  pewarna merah & ketiga coklat emulco.
6. Tuangkan adunan ke dalam  loyang 9 Inci berselang seli. Coklat,kuning,merah hingga habis.
7. Panaskan oven 10 minit pada suhu  165'c.
8. Bakar kek  selama 50 minit api atas bawah.
9. Biarkan sejuk  baru  potong.


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: