AYAM UNGKEP |
Ayam masak ungkep...itu dalam bahasa jawa...bahasa mudahnya...ayam masak campak-campak...sukatan agak-agak jer...
Dah ada pressure cooker ni lebih mudah masak guna periuk ni...lebih jimat masa...tapi kalau takde boleh jer masak guna periuk biasa pun...takde masalah pun...
Bahan-bahan:
1 ekor ayam- potong kecil
# Gaul sebati dengan serbuk kunyit secukupnya
Bahan-bahan kisar:
10 biji cili padi
2 biji bawang besar
10 biji bawang kecil
6 ulas bawang putih
Bahan kisar kering:
3 sudu makan biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan manis
Air secukupnya
Daun limau purut
3 batang serai-dititik
Daun kunyit
3 sudu makan kicap
Garam dan bahan perasa secukupnya
Cara memasak:
Tumis bahan kisar dan serai hingga naik bau.Masukkan ayam dan masak sebentar.Kemudian masukkan air secukupnya dan kicap.Biarkan mendidih sebentar. |
Masukkan pula daun kunyit dan daun limau purut. |
Tutup periuk rapat-rapat.Laraskan tombol pressure...tekan button'chicken'. |
Selepas 12 minit...release wap tekanan sepenuhnya...buka tudung periuk dan gaul sebati...perasakan dengan garam dan bahan perasa secukupnya...Sedia untuk dihidang. |
SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋
2 ulasan:
Camne nak bagi kering ? Tanak ungkep tu berkuah.
Masak hingga kuah agak kering...samada gunakan pressure cooker ataupun panaskan atas kuali....macam masak rendang juga...renehkan atas dapur sampai kuah agak pekat...
Catat Ulasan