BOMBOLONI CREAM CUSTARD |
Dapur adalah tempat yang paling kerap dikunjungi semasa PKP...sedia-sedia kena memasak...so, bermacam-macam menu akan dimasak dalam kuantiti yang banyak untuk pastikan stok makanan sentiasa ada di dalam rumah...yelah anak-anak pun kejap-kejap singgah dapur cari makanan...yelah...dah terkurung je dalam rumah kan...kejap-kejap lapar...huhu...
Hari ni nak up resepi bomboloni cream custard...belek-belek almari terjumpa tepung roti & instant custard yang tarikh expired dah hampir tiba...so, dari membazir terbuang,kena rajinkan diri mengubahnya menjadi makanan...maka terhasillah bomboloni cream custard...sedap tau...lemak berkrim intinya...bomboloninya gebu gebas...
Melimpah ruah cream custardnya...yummy.... |
Bahan-bahan:
500 gm tepung roti
1 paket yis mauripan
3 sudu makan gula
1 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu pekat
1 cawan susu cair
1/2 cawan air
1 biji telur
Secubit garam
1 sudu kecil baking powder
# Masukkan semua bahan dalam breadmaker...setting 'dough' 15 minit.
Kalau takde breadmaker,uli jer guna tangan hingga elastik selama 15 minit.
# Cukup 15 minit biarkan doh selama 30 minit. Pastikan bekas ditutup supaya adunan mudah berkembang.
# Selepas 30 minit,tumbuk-tumbuk doh, timbang doh 30g dan bulat-bulatkan.
# Letak doh yang telah dibulat-bulatkan tadi di atas baking paper dan susun di dalam dulang.Buat sampai habis.
# Biarkan doh mengembang 2x ganda.Lebih kurang 1 jam.
Goreng doh hingga keperangan |
# Goreng doh hingga keperangan dengan api kecil.Toskan dan sejukkan.
Biarkan bomboloni dan cream custard betul-betul sejuk barulah proses mengisi inti dilakukan... |
# Lubangkan doh di tengah-tengah menggunakan gunting.
Isikan dengan cream custard |
# Picitkan inti cream custard.
Ayak snow powder |
# Ayakkan snow powder atas bomboloni.
# Sedia untuk dihidang.
CREAM CUSTARD |
CREAM CUSTARD
1 cawan instant custard
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
Sedikit pewarna kuning.
# Gaul sebati menggunakan whisk.
# Masak di atas api kecil hingga likat.
# Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam piping bag.
# Sedia untuk dijadikan inti bomboloni.
SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan