DALGONA MILO |
Sebelum ni saya dah up resepi dalgona coffee...kali ni nak up resepi dalgona milo...anak-anak seronok buat sendiri...dapat jugak hilangkan boring diorang terkurung dalam rumah sempena PKP ni..minum time musim panas-panas camni...aduhai...sedap gilooosss uolls....cubalah....
lemak berkrim....disukai ramaiiii....tak rugi cuba... |
4 BAHAN PENTING YANG PERLU ADA:
MILO
1L SUSU FULL CREAM
WHIPPING CREAM
KIUB AIS
Bahan-bahan:
2 sudu makan milo
1 sudu makan gula
2 sudu makan air panas
# Bancuh semua bahan di atas hingga larut.
Kemudian,masukkan 2 sudu makan whipping cream...Putar menggunakan mixer hingga gebu..maksudnya bila terbalikkan mangkuk, adunan tak tumpah...tu dah gebulah maksudnya...
Cara menghidang:
1. Masukkan kiub ais ke dalam gelas.
2. Tuang susu penuh krim ke dalam gelas 3/4 penuh.
3. Letakkan milo yang telah diputar gebu tadi.
4. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan