ROTI BAKAR TELUR MELELEH |
Hari ke-19 PKP....menu yang simple untuk breakfast hari ni...roti bakar telur meleleh...simple tapi sedap weiii....tak tipuuu...
Bahan-bahan :
Sekeping roti
Sebiji telur
Kacang panggang
Mayonis
Sos cili jika suka
Cara membuatnya:
1. Sapukan sedikit marjerin atas permukaan roti dan bakar hingga garing.
2. Telur rebus jadikan telur setengah masak.
Cara menghidang :
1. Letakkan roti yang telah dibakar di dalam pinggan.
2. Pecahkan telur setengah masak tadi di atas roti.
3. Picitkan mayonis dan sos cili secukupnya.
4. Bubuh sedikit kacang panggang.
5. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA!!!😋😋😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan