Pernah tak anda mengalami situasi ni....rasa nak makan macam2 tapi tak tau nak order menu apa...Kedai makan berlonggok tapi takde idea nak makan apa ..
Bila sampai satu tahap tak tau nak order apa.. Tekak macam tak lalu jer nak makan menu kedai....Haaa.. . itu maknanya kena masak sendirilah yer....
Beberapa hari ni teringin sangat nak makan nasi lemak sambal sotong ....beli kat kedai. .. Aduhai...tak menepati citarasa...nak memuaskan hati...kena bersilat di dapurlah ...
Sebenarnya teringin nak makan sambal sotong yang sotongnya besar-besar...tapi bila dah ronda banyak kedai hanya ada sotong saiz kecik jer ...Hmm...redha jelah ...janji jadi sambal sotong ....
Untuk resepi nasi lemak, saya guna resepi yang paling mudah jer...bila time nasi mula mendidih, aroma daun pandan harum serumah...terus perut ni berasa lapar...
NASI LEMAK
3 mangkuk kecil beras
3 1/2 mangkuk kecil santan - 2 kotak kecil santan tambah air & jadikan 3 1/2 mangkuk ...Kalau guna santan fresh lagi bagus ...dah malam2 ni nak cari mana santan fresh kan ....huhu .. Guna santan kotak pun sedap ...
1 inci halia - hiris
3 ulas bawang merah - hiris nipis
2 helai daun pandan -simpul
1 sudu kecil garam
# Masukkan semua bahan di dalam rice cooker & Masak nasi seperti biasa .
# 5 minit terakhir,gaul nasi supaya masak sekata.
SAMBAL SOTONG + KENTANG
Sotong secukupnya - saya guna 20 ekor -siang tapi tak potong oleh kerana saiznya yang comel.
3 biji kentang - Kupas & potong kecil
* 10 ulas bawang kecil
* 6 biji bawang putih
* 3 biji buah keras
2 biji bawang besar -hiris nipis
2 cawan cili kisar - saya beli dalam packing 350gm
8 sudu makan gula - ikut citarasa masing-masing....Kalau rasa banyak kurangkan.. .Kalau rasa sikit tambahkan ...Tapi sukatan ni sesuai dengan tekak saya & family ...
2 sudu kecil garam halus
1 sudu makan knorr pasti sedap
Minyak masak secukupnya- saya guna lebih kurang 1 cawan.
Cara-caranya :
1. Blender bahan yang bertanda *
2. Panaskan minyak. Tumis bawang besar hingga layu .
3. Masukkan bahan yang diblender dan tumis hingga naik bau .
4. Masukkan pula cili kisar & tumis hingga pecah minyak .Proses ni mengambil masa yang sedikit lama. Masak dengan api kecil & pastikan cili kisar benar-benar masak.
5. Masukkan kentang & masak hingga kentang lembut .
6. Masukkan pula gula ,garam & knorr pasti sedap. Gaul sebati .
7. Akhir sekali ,masukkan sotong & masak sebentar .Jangan masak terlalu lama nanti sotong liat .
8. Siap untuk dihidang.
Cara memasak sambal step by step....boleh tengok gambar di bawah :
AYAM GORENG BEREMPAH
3 ketul paha ayam- potong 2
3 ketul sayap ayam -potong 2
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan rempah kari daging
2 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil gula
* 3 ulas bawang putih
* 3 sudu makan ketumbar
*1/2 sudu makan jintan manis
*1/2 sudu makan jintan putih
Cara-caranya :
1. Petua arwah mak saya kalau tak nak ayam berdarah selepas digoreng & mudah menyerap rempah, rebus ayam sebentar dalam 5-10 minit. Toskan baru gaul dengan rempah...Alhamdulillah, hasilnya memang terbaik ....
2. Blender bahan bertanda *
3. Masukkan ayam ke dalam bekas. Masukkan semua bahan-bahan di atas & gaul rata.
4. Perap ayam ...lagi lama lagi sedap...saya perap 1/2 jam jer sebab nak cepat .
5. Goreng hingga garing .
6. Siap.Hidang bersama nasi lemak & sambal sotong .
SELAMAT MENCUBA !!! 😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan