Bihun goreng udang kering ... Sesuai sebagai santapan sarapan pagi,minum petang @ makan malam...
Bahan-bahan :
1 bungkus bihun -rendam hingga lembut .(saya nak masak pagi jadi saya rendam semalaman)
1 cawan cili kisar
6 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3 sudu makan udang kering
Sawi
Taugeh
Fishball
Fishcake
1 senduk kicap manis
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
Cara-caranya :
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan kisar.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan pula cili kisar .
4. Gaul sebati .
5. Tumis cili kisar hingga pecah minyak.
6. Masukkan pula satu sudu makan udang kering & masak sebentar.
7. Masukkan fishball & fishcake.
8. Gaul sebati & masak sebentar.
9. Masukkan sos tiram & gaul sebati.
10. Masukkan kicap manis .
11. Masukkan gula & gaul sebati .
12. Kemudian, masukkan batang sawi & masak sebentar.
13. Masukkan taugeh.
14. Masukkan pula daun sawi.
15. Akhir sekali ,masukkan bihun sedikit demi sedikit & gaul sebati.
16. Masak sebentar hingga bihun benar -benar lembut.
SELAMAT MENCUBA !!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan