Khamis, 29 Januari 2015

KUIH PUTERI AYU YANG SUPER GEBU

 




Secantik namanya seindah rupanya....Kuih yang memang menjadi favourite saya. Gebu gebas je...Seminggu sekali mesti buat. Kuih ni senang jer nak membuatnya yang lecehnya sebab guna kelapa parut dan yang remeh sikit kena tekan-tekan kelapa parut tu dalam acuannya...

Tanpa membuang masa mari sama-sama kita lihat apa bahan-bahan yang digunakan dan cara membuatnya.

Bahan-bahan :
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu besar ovalette
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan (saya guna 1/2 cawan santan kotak + 1/2 cawan air)
1 sudu kecil perisa pandan
sedikit pewarna hijau epal

Cara membuatnya:
1. Pukul  telur hingga kembang. Guna mixer & whisk pun boleh.
2. Masukkan gula dan putar lagi.
3. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga kembang.
4. Masukkan tepung dan santan. Gaul sebati menggunakan senduk kayu.
5. Masukkan perisa pandan dan sedikit pewarna hijau. Gaul sebati.
6. Bubuh sedikit kelapa parut di dalam acuan dan tekan sedikit hingga padat.
7. Tuangkan 1 1/2 sudu besar adunan yang diputar tadi.
8. Kukus 15 minit. Siap




Tiada ulasan: