Kerabu sotong ala thai |
Kebelakangan ni berahi betul dengan menu sotong...masak kat rumah pun menu sotong ....order makan kat kedai pun menu sotong....so, stok sotong kena ada sentiasa dalam peti ais...
Jom kita terjah resepi berasaskan sotong paling mudah & sedap...kerabu sotong ala thai ...
Bahan-bahan :
6 ekor sotong saiz besar
2 biji bawang besar -potong dadu
2 biji tomato - potong dadu
10 biji cili padi -dipotong
3 tangkai daun ketumbar -jika suka
2 batang serai - dipotong halus
1 biji asam limau - perah air
1 sudu sos ikan
Gula,garam & sedikit ajinomoto
Cara-caranya :
# Rebus sotong seketika kemudian toskan.
# Dalam satu mangkuk, gaulkan kesemua bahan-bahan yang telah dipotong .
# Masukkan gula,garam,sedikit ajinomoto dan perahan asam limau.
# Sedia untuk dihidang .
SELAMAT MENCUBA...😋