Kari ayam |
KARI AYAM
BAHAN-BAHAN :
1 ekor ayam -potong kecil
4 biji ubi kentang -belah 4
3 biji tomato - belah 4
2 kotak kecil santan
2 mangkuk air
2 sudu makan kerisik
3 tangkai daun kari
Bunga lawang & kayu manis
Minyak masak secukupnya
1 peket rempah kari daging baba's
1 sudu makan serbuk cili
1/2 cawan air asam jawa
1 1/2 sudu makan garam halus
Bahan kisar
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci halia
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis kayu manis,bunga lawang & daun kari hingga naik bau.
2. Masukkan bahan kisar & tumis sebentar hingga wangi.
3. Masukkan serbuk kari & serbuk cili & tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan pula air asam jawa dan tumis lagi hingga pecah minyak .
5. Kemudian,masukkan pula ayam,gaul sebati & masak hingga ayam sedikit kecut .
6. Masukkan 2 mangkuk air & kentang & biarkan mendidih hingga kentang empuk.
7. Bila kentang sudah empuk,masukkan santan,kerisik,tomato & garam.
8. Biarkan mendidih & santan benar-benar masak .Pastikan kuah sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah.
9. Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA !!!😋