Kubis goreng mamak style |
KUBIS GORENG MAMAK STYLE
BAHAN-BAHAN :
1/2 biji kubis - potong kecil
1 biji carot - potong memanjang
5 biji cili kering - potong lebih kurang 1 inci
1 sudu makan biji sawi
1 biji bawang besar -hiris nipis
3 ulas bawang putih -hiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu kecil garam halus
CARA MEMASAK :
#Panaskan sedikit minyak .Masukkan biji sawi .
#Masukkan bawang merah, bawang putih, serbuk kunyit,cili kering,tumis hingga wangi .
# Masukkan pula kubis & carot .Gaul rata & masak hingga kubis & carot lembut .
# Sedia untuk dihidang.
SELAMAT MENCUBA !!!😋