Assalamulaikum dan Salam 19 Ramadhan...
Pagi-pagi ni nak post resepi kuih lapis yang sememangnya best dan terbaik hasilnya... Berkilat & boleh ditanggalkan selapis-selapis.. Banyak kali dah buat cuma tak sempat nak post dalam blog ni... Kalau rajin nak buat hari ni sebagai kudapan untuk berbuka puasa....
Jom intai resepinya...
BAHAN-BAHAN :
2 cawan tepung beras
4 sudu makan tepung gandum
4 sudu makan tepung jagung
2 cawan santan pekat
2 cawan air
1 sudu kecil garam halus
1/2 cawan gula pasir
Sedikit pewarna merah ros
Caranya:
1. Gaul sebati semua bahan dan tapiskan.
2. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian warnakan dengan sedikit pewarna merah ros.
3. Panaskan kukusan.
4. Sapukan loyang dengan sedikit minyak. Tuang 1 cawan adunan putih dan kukus selama 5 minit.
5. Seterusnya lapis dengan adunan merah dan kukus lagi 5 minit.
6. Ulang lapisan hingga habis dan diakhiri dengan warna merah.
7. Lapisan terakhir kukus lagi selama 20 minit.
8. 5 minit terakhir kukus dengan membuka penutup kukusan.
9. Biarkan sejuk barulah dipotong dengan pisau plastik.
SELAMAT MENCUBA!!!
Memaparkan catatan dengan label KUIH LAPIS BEST. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KUIH LAPIS BEST. Papar semua catatan
Jumaat, 24 Jun 2016
Langgan:
Catatan (Atom)
-
Assalamualaikum & salam sejahtera .... Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak . ...
-
Assalamualaikum & selamat malam... Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak g...
-
Assalamualaikum... Hari ni nak berkongsi resepi kek coklat kukus versi topping guna serbuk koko je...sangat senang untu...