Memaparkan catatan dengan label LAKSAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label LAKSAM. Papar semua catatan

Ahad, 7 Jun 2015

LAKSAM YANG SUPER SEDAP

Assalamualaikum dan salam Ahad...


Pertama kali makan laksam kat Terengganu tak ingat apa nama kedainya tapi memang sedaplah...terlekat terus dihati..sejak hari tu hati membuak-buak nak buat laksam tapi selalunya masa tak mengizinkan nak membuatnya... yelah...masak kuah putihnya takde halnya tapi yang memakan masa nak membuat laksamnya...macam buat roti jala jugaklah mahu bercinta jugalah..leceh sikit  hehe...

Tapi sebab dah  teringin sangat nak makan buatlah jugak...dah banyak kali jugak buat laksam guna resepi ni memang menjadilah dan sedap pulak tu...yang bestnya anak-anak pun suka...jadi berbaloilah jugak penat lelah ibu kat dapur bila anak-anak makan dengan penuh berselera....


LAKSAM
 6 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil garam
10 cawan air suam ( 6 cawan air panas + 4 cawan air biasa)
* kalau tudung periuk kecil (6 inci) boleh dapat 24 keping laksam


Cara membuatnya:
Bancuh adunan dan tapis. Masukkan ke dalam jug.

Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak pada tudung periuk. Apabila air dah mengelegak, letak tudung periuk di dalam kukusan dan tuang sedikit adunan. Kukus lebih kurang 5 minit sehingga adunan menggelembung.

Angkat tudung periuk dan biarkan seketika.
 

Gulung laksam yang telah masak tadi. Potong/ gunting laksam dan bolehlah dihidang bersama ulam, sambal belacan dan kuah laksam.


KUAH PUTIH
1 kg ikan selayang
500 ml santan pekat
1 liter air rebusan ikan
10 ulas bawang kecil- kisar
4 ulas bawang putih- kisar
1 inci halia- kisar
1 sudu besar lada hitam yang telah dikisar
3 keping asam keping
2 batang serai- diketuk
garam secukup rasa

CARA MEMASAKNYA:
Rebus ikan. Asingkan isi dengan tulang ikan. Blend isi ikan dengan sedikit air. Blend pula tulang ikan. Tapis dan ambil airnya. Jadikan 1 liter.
Panaskan bahan kisar dan serai hingga naik bau. Masukkan 1 liter air rebusan ikan, isi ikan, santan, lada hitam dan asam keping. Masak lebih kurang 30minit dengan api sederhana. Perasakan dengan garam secukupnya. Air ikut citarasa masing-masing ye. Kalau nak kuah pekat boleh kurangkan air dan kalau nak kuah lagi cair boleh tambah lebih air.

SAMBAL BELACAN
2 inci belacan
6 biji cili padi merah
3 biji cili merah
1 sudu kecil cuka

CARA MEMBUATNYA : Tumbuk semua bahan hingga lumat. Hidangkan bersama laksam dan kuahnya.

BAHAN HIASAN :
timun- hiris halus
daun kesum- hiris halus
taugeh-
limau nipis/ kasturi- potong kecil

SELAMAT MENCUBA!!!