Lontong kering |
Hari ni saya nak berkongsi resepi lontong kering...kalau orang Johor mesti familiar dengan menu ni....sebab apa namanya lontong kering ekk...mungkin sebab nasi impit dihidang dengan lauk-lauk kering tanpa kuah lodeh seperti kebiasaannya...
Sebenarnya banyak jugak pilihan lauk untuk lontong kering ni ...tapi saya memilih untuk masak rendang ayam, serunding kelapa & kuah kacang ...Itupun dah mencukupi rasanya ...
Jom kita tengok resepinya ...
Nasi impit, rendang ayam,serunding kelapa, sambal kacang |
NASI IMPIT
Rebus nasi impit macam biasa. Saya guna pressure cooker,10 minit dah siap.
Toskan & sejukkan .
Kalau rajin boleh buat nasi impit sendiri...
Rendang ayam |
RENDANG AYAM
Untuk resepi penuh rendang ayam boleh klik SINI.
Serunding kelapa |
SERUNDING KELAPA
1 mangkuk kelapa parut putih
2 sudu makan cili kisar
Bahan-bahan kisar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
3 batang serai
2 sudu makan udang kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
# Panaskan sedikit minyak .Tumis bahan kisar hingga naik bau .Masukkan cili kisar & masak sebentar .Masukkan kelapa parut & gaul rata. Masak hingga kelapa kering.
Sambal kacang |
SAMBAL KACANG
20 batang cili kering
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji buah keras
1/2 inci belacan
1/2 cawan udang kering - rendam hingga lembut
# kisar semua bahan di atas .
1/2 cawan minyak masak
1 batang serai -ketuk
1 sudu kecil asam jawa bancuh jadikan 1/2 cawan
1 cawan gula - boleh kurangkan
2 sudu kecil garam
1/2 kilo@ 1 mangkuk kacang tanah-goreng & tumbuk/blender
4-5 cawan air
Cara-caranya.
# Panaskan minyak . Tumis bahan kisar & serai hingga naik bau. Masak hingga cili benar-benar masak & pecah minyak .
# Masukkan air asam jawa, kacang tanah ,gula , garam & air secukupnya .
# Masak hingga mendapat kepekatan yang disukai...
kalau nak tengok cara memasak kuah kacang step by step boleh klik SINI
SELAMAT MENCUBA!!!😋