Mee kuah super sedap |
Mee kuah super sedap ....anak kata sedaplah ibu macam kat kedai....hehe...kembang sekejap ibu bila anak puji....actually resepi ni main campak2 dan agak2 jer....tapi kena ingat balik sukatan nak tulis dalam blog ni...senang nak rujuk lain kali...
Mee kuah |
BAHAN-BAHAN :
1 bungkus mee kuning -celur & toskan
Bahan tumbuk
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 keping dada ayam-potong kecil
Udang -10 ekor -siang & buang kepala
Sotong -5 ekor - siang & potong kecil
Fishcakes -2 keping - potong nipis
Sawi
5 sudu makan sos tomato
3 sudu makan sos cili
1 sudu makan sos tiram
4 sudu makan cili kisar
2 kiub pati ayam knorr
1 sudu kecil garam halus
2 sudu makan serbuk knorr pasti sedap
3 mangkuk air
Sedikit minyak untuk menumis
CARA-CARANYA :
# Panaskan sedikit minyak .Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
# Masukkan pula cili kisar & tumis hingga pecah minyak .
# Masukkan pula ayam & masak sebentar.
# Masukkan air, kiub pati ayam ,garam & serbuk knorr & semua sos.
# Masukkan udang, sotong & biarkan mendidih sebentar .
# Tutup api & sedia untuk dihidang .
SELAMAT MENCUBA !!!😋