Paprik ayam express ....lauk yang mudah disediakan... Mudah,cepat,sedap...
Paprik ayam express |
Bahan-bahan:
2 keping dada ayam - potong kecil
1 biji bawang besar -potong 4
3 ulas bawang putih -ketuk
2 batang serai -ketuk
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan kicap manis
1 susu makan sos tiram
1 sudu makan knorr pasti sedap
1 sudu kecil garam
1 mangkuk kecil air
Carot -potong kecil
6 helai daun limau purut
Cara-caranya :
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar,bawang putih & serai hingga wangi .
2. Masukkan ayam dan masak sebentar .
3. Masukkan kesemua sos & kicap .Gaul sebati .
4. Tambah air secukupnya, carot, daun limau purut, garam & knorr pasti sedap.
5. Masak hingga carot lembut & ayam masak.
SELAMAT MENCUBA!!!😋