Memaparkan catatan dengan label SEMPERIT SUSU BUNGA PINK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SEMPERIT SUSU BUNGA PINK. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Jun 2018

SEMPERIT SUSU BUNGA PINK

Assalamualaikum & salam syawal ke-9...


Hari ni nak post resepi biskut semperit susu yang hasilnya sangatlah cute miut comel lote...nak makan pun rasa sayang...
Sebelum ni saya dah post semperit susu menggunakan buttercup tapi resepi kali ni menggunakan marjerin pelangi...hasilnya sedap jugak tapi memang ler yang guna butter lebih sedap sebab tu harganya mahal...lepas ni boleh try  dengan unsalted butter/ butter jenama lain pulak....tapi guna marjerin pun sedap jugak...tak caya cubalah...


Tips buat biskut semperit tak nak bagi kembang semasa dibakar salah satunya jangan sebatikan bahan guna mixer....just gaul-gaul sebati dengan senduk kayu je...pastu biarkan biskut yang telah diterap lebih kurang 1/2 jam sebelum dibakar...ala...paling senang terap semua adunan sampai habis baru bakar...hasilnya memang tak mengecewakan...

Bahan-bahan:
250gm marjerin pelangi
3/4 cawan susu pekat
Sedikit esen vanilla
400gm tepung jagung
Sedikit pewarna pink & hijau
Coklat chips untuk hiasan

Caranya:
1. Gaul sebati marjerin,susu pekat & esen vanilla. Guna senduk kayu je.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga tak melekat pada tangan. Adunan sedikit lembut ye sbb mudah terap guna acuan semperit nanti.Kalau lembik sangat tambah tepung.
3. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. Bubuh pewarna pink & hijau.
4. Sapukan permukaan loyang dengan marjerin. Terap doh hijau menggunakan acuan semperit pecah lapan utk daun.

5. Seterusnya terap doh pink utk bunga menggunakan acuan pecah 15. Buat hingga habis. Hias dengan coklat chips.




6. Panaskan oven pada suhu 170'c selama 10 minit.


7. Bakar selama 25 minit.



8. Biarkan sejuk barulah simpan dalam balang/telap.


Acuan pecah 8 utk daun hijau & acuan pecah 15 utk bunga pink


SELAMAT MENCUBA!!!

# suhu oven & masa membakar ikut oven masing2 ye...