Sup tulang & sambal kicap |
Sempena birthday boy yang ke-15 tahun semalam,panggillah adik beradik ipar,mak & pak mertua berbuka di rumah... Masak simple2 jer...Kek cheese sebiji sempena menyambut birthday boy....yang penting meriah sebab dapat berbuka ramai-ramai ...Sambutan birthday tak perlu majlis besar-besaran pun.. yang penting ucapan tanda bahawa kita appreaciate & menunjukkan betapa pentingnya dia dalam hidup kita ...Ni kalau sampai terlupa tarikh lahir orang yang kita sayang ...maknanya sayang ker ???hmmm .. Tepuk dada tanya hati....kalau betul2 memang terlupa mungkin boleh dimaafkan....
HAPPY BIRTHDAY MY SON,MUHAMMAD FAHIMY ASYRAFF . .moga sihat selalu,dimurahkan rezeki,cemerlang dunia & akhirat...menjadi anak yang soleh penyejuk hati ibu & ayah... Dalam happy tu sebenarnya hati terasa sebak jugak sebab anak semakin besar...rasa cam semakin jauh sebab dah pandai berdikari tak bergantung kat kita dah .. Mulalah merindui masa diorang kecik ...huhu ...terlalu cepat masa berlalu ...
Nak fikir menu apa untuk berbuka ramai-ramai ...hmmm... Sup tulanglah ....nasib baik ada pressure cooker,sangat2 membantu... 30 minit daging & tulang dah empuk sangat2...tak payahlah nak rebus tulang berjam-jam ...
BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu
1 kg daging urat keting -potong kecil
1 bungkus perencah sup tulang
# Cuci bersih tulang & daging .Masukkan dalam pressure cooker .Tambah air hingga menutupi tulang. Masukkan sup bunjut . Rempah lain asingkan untuk ditumis nanti. Setting untuk tendon/meat...on dan biarkan pressure cooker beroperasi dengan jayanya .
Now prepare untuk bahan sup pulak....
Bahan tumisan untuk sup :
2 sudu makan rempah sup
Rempah sekawan (sekali dengan paket sup tulang -sup bunjut dah guna untuk rebus tulang tadi)
Bahan kisar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
5 ulas bawang merah -hiris nipis
5 ulas bawang putih - hiris nipis
# Goreng hingga garing
Daun sup -cincang
Daun bawang - cincang
1 1/2 sudu makan garam halus
1 sudu makan maggi cukup rasa
Sedikit serbuk lada sulah
1 mangkuk air
CARA MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Tumis rempah sekawan & bahan yang diblender hingga wangi .
2. Masukkan pula rempah sup & tumis lagi hingga garing.
3. Kemudian,masukkan pula tulang & daging yang telah direbus empuk tadi bersama-sama air rebusannya. Tambah air secukupnya.
4. Biarkan mendidih. Tambah garam & bahan perasa secukupnya .
5. Masukkan daun sup,daun bawang & bawang goreng .Kacau sebati. Tutup api.
6. Sedia untuk dihidang.
SAMBAL CILI KICAP sebagai pencicah
Cili padi -potong kecil
Kicap manis
Bawang merah -dimayang
Daun kesum -cincang
Sedikit perahan limau nipis
# Masukkan dalam mangkuk & ramas sebati .. Nama pun air tangan kan... Tu yang sedap ...hehe ...
SELAMAT MENCUBA !!!😋