Memaparkan catatan dengan label SUP TULANG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUP TULANG. Papar semua catatan

Isnin, 5 Oktober 2015

SUP TULANG MEMANG SUPER POWER

Assalamualaikum dan salam pagi Isnin yang berjerebu ini...






Oleh kerana perintah berkurung di dalam rumah akibat jerebu yang melanda, maka nak ke kedai membeli barang dapur pun malas...so, bukak peti sejuk masak apa yang ada jelah ye...Kebetulan tulang lembu korban hari tu masih ada apa lagi kat kepala dah terfikir nak masak apa untuk juadah tengahari ni...
nasi putih, sup tulang lembu super power, sambal kicap dan telur dadar cukuplah ye...






Apasallah namanya super power ye...ingat kopi je super power...bukan apa sebab kat rumah ni takde periuk 'pressure cooker' maka nak merebus tulang tu mengambil masa yang sangat lama..hampir 3 jam rebus nak bagi betul-betul daging lerai dari tulang ye...bukan tulang tu yang lembut...orang tak makan tulang tu...memang betul-betul power merebus tu...lain kali beli pressure cooker ye...kalau guna pressure cooker 1/2 jam pun dah empuk... niat dihati memang macam tulah...dah order pun dari "GO SHOP" ..hehe...tercair jgk dengan iklannya...tapi tulah dah seminggu tak sampai-sampai... sangkut kat jerebu kot...so, terpaksalah guna periuk biasa...amik kau!!! 3 jam..mak jemah oiii!!!...berapa kali tambah air pun tak ingat...takpelah rebus pukul 9 pukul 12 dah empuk...berbau satu rumah..Wangi je bau rebusan daging tu...sambil men'update' blog sambil tunggu tulang empuk...haha..2 in 1...sambil tambah air bolehlah buang-buang lemak yang timbul ye...bukan apa senang sikit nak cuci pinggan nanti..kalau tidak melekat lemak tu kat pinggan...bayangkanlah lemak tu masuk dalam badan...alah sekali sekala kan...lepas makan pastu minumlah air asam jawa ke limau nipis bagi cair lemak dalam badan  tu...boleh gitu...hihi...

Resepi ni untuk 1 kg tulang...tapi saya main bubuh sampai sekilo ke tidak tak timbang pun...lebih kurang kot...Bila dah empuk daging tulang tu bolehlah prepare supnya...

BAHAN-BAHAN:
1 kg tulang lembu- rebus sampai empuk dengan 2 inci halia yang diketuk
rempah sekawan - 1 batang kulit kayu manis, 3 biji buah pelaga & 2 bunga lawang
air rebusan daging secukupnya
2 batang serai- ketuk sikit
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
2 sudu makan serbuk rempah sup - bancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk lada putih
daun sup - hiris kasar
daun bawang - hiris kasar
garam dan penambah perisa secukupnya


Bahan tumbuk:
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia

CARANYA:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis rempah sekawan  dan serai hingga naik bau.
2. Masukkan bawang yang telah dihiris dan tumis hingga sedikit garing.
3. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sebentar.
4. Kemudian masukkan pula pes serbuk sup tadi dan masak hingga terbit minyak.
5. Masukkan rempah yang telah ditumis ke dalam periuk rebusan tulang tadi. Gaul sebati.
6. Masukkan sup bunjut, daun sup dan bawang.
7. Perasakan garam dan penambah perisa secukupnya.
8. Renehkan sup 15 minit lagi hingga rempah sebati. Tutup api dan bolehlah hidang dan makan dengan nasi panas dan sambal kicap...yummy memang super power!!!

* sukatan garam ikut masing-masing ye...mulakan dengan 1 sudu makan garam...kalau rasa masih tawar boleh tambah garam sedikit demi sedikit...tukang masak kena rasa ye...adjust sendiri...jangan sampai termasin pulak...


Untuk resepi sambal kicap boleh klik SINI ye...



SELAMAT MENCUBA!!!