Memaparkan catatan dengan label UBI KAYU REBUS & SAMBAL TUMIS. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label UBI KAYU REBUS & SAMBAL TUMIS. Papar semua catatan

Khamis, 16 Mei 2019

UBI KAYU REBUS & SAMBAL TUMIS

Assalamualaikum  & salam  Ramadhan...

Ubi  rebus & sambal  tumis  ikan  bilis

Ubi  kayu  rebus  & sambal  tumis...nostalgia  sangat ...ingat  kat  kampung....tetiba  teringat  arwah  mak ....Huhu....sambal  tumis  mak  memang  terbaik ....


UBI  KAYU  REBUS
Kupas  kulit  ubi  kayu  & rebus dengan  sedikit  garam  hingga  empuk.


SAMBAL  TUMIS  IKAN  BILIS
* 4 biji  bawang  merah
* 4 ulas  bawang  putih
* tumbuk  lumat
4 sudu  makan  cili  kisar
1 sudu  kecil  garam  halus
2 sudu  makan  gula
Sedikit  air
Sedikit  minyak
Segenggam  ikan  bilis - basuh  & goreng  garing


CARA-CARANYA :
# Panaskan  sedikit  minyak . Tumis  bahan  tumbuk  hingga naik  bau.
# Masukkan  pula  cili  kisar  & tumis  hingga  pecah  minyak .
# Masukkan  sedikit  air, garam  & gula .Masak  hingga keluar  minyak .
# Masukkan  pula  ikan  bilis  yang  telah  digoreng  tadi  & gaul  sebati .
# Tutup  api & sedia  untuk  dihidang.


SELAMAT  MENCUBA !!!😋