Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Biskut almond london lagi. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan Biskut almond london lagi. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Ahad, 19 Jun 2016

BISKUT ALMOND LONDON Lagi....

Assalamualaikum dan salam ke- 14 ramadhan... Dah 2 minggu umat islam di seluruh dunia terutamanya di Malaysia berpuasa...





So,  hari ni nak update resepi biskut almond london yang saya buat semalam... Satu adunan dapat 182biji... Tu buat besar2 jgklah kalau kecil-kecil mesti dapat lebih... Yang penting puas hati dengan hasilnya... Maklumlah skill membuat biskut setahun sekali ..Nak buat lagi next year pulaklah... itupun kalau ada kerajinan hihi...



Biji badam yang telah dibakar terlebih dahulu


Bahan-bahan :
1 ketul buttercup/250gm
6 sudu makan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
Sebiji telur - guna telur gred C & B je.Kalau guna A ambil kuning telur je ye...
3 1/2 cawan tepung beserbuk penaik (self-raising flour)
2 sudu makan tepung jagung
2 sudu makan tepung beras
4 sudu makan serbuk badam
Biji badam - sangai / bakar (saya bakar 100'c selama 30 minit)
Paper cup hitam secukupnya



Coklat masakan yang telah dicairkan


Badam cincang yang telah dibakar


Topping

200gm coklat masakan (saya guna jenama mak nona)
1 sudu kecil minyak masak
* cairkan dengan kaedah double boiler
Jumlah coklat masakan yang saya gunakan utk 182 biji biskut ini ialah 600gm iaitu 3 bar coklat masakan. Saya cairkan satu2.... Dah habis baru cairkan lagi... Takut membazir...
Badam cincang secukupnya (bakar 100'c selama 10 minit)




Caranya:
1.  Gaul rata buttercup, susu pekat dan esen vanilla.  Guna senduk kayu je.
2.  Masukkan pula telur dan gaul sebati.
3.  Masukkan 2 cawan tepung self-raising, serbuk badam , tepung jagung dan tepung beras.  Gaul sebati.

                    4.  Masukkan baki tepung dan uli hingga menjadi doh yang lembut.





5.  Ambil sedikit adunan, masukkan sebiji badam dan buat bentuk bujur.  Buat hingga habis dan susun di atas loyang.



                                         6.  Bakar pada suhu 150'c selama 25-30minit.


                                      7.  Biarkan biskut sejuk. Masukkan ke dalam paper cup.


8.  Curah dengan coklat masakan yang telah dicairkan dan taburkan sedikit badam cincang.



                                                 9.  Biarkan coklat mengeras.



10.  Simpan di dalam bekas kedap udara. 
   




SELAMAT MENCUBA!!!


Jumaat, 3 Jun 2016

ALMOND LONDON COOKIES

Assalamualaikum dan selamat malam....




Biskut ni memang famous bila time raya.... Tetapi akhir2 ni kurang ke'famous'annya disebabkan telah wujud cookies-cookies yan8g namanya lebih canggih.... Famous amous,  red pearl, snow almond,  green peas, florentine, ombak rindu pun ada... Macam2 lagi lah... Walaubagaimanapun cookies ni masih digemari oleh kanak-kanak kerana ia disaluti dengan coklat... Almaklumlah kanak-kanak kan peminat coklat....

Jom kita terjah resepinya...

BAHAN-BAHAN :

250gm butter
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 cawan serbuk badam
1 cawan tepung jagung
2  1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung beras
Badam biji yang telah dipanggang secukupnya
Paper cup secukupnya

Topping
Coklat masakan
1 sudu kecil shortening
* cairkan dengan kaedah double boiler
Badam cincang yang telah dipanggang secukupnya


CARANYA :

1.  Pukul butter & gula,  masukkan telur & esen vanilla. Gaul sebati.
2.  Masukkan bahan-bahan lain dan uli hingga menjadi doh.
3.  Ambil sedikit doh, bubuh sebiji badam di dalamnya. Kemudian, bulat atau bujurkan kecil- kecil menutupi badam tadi. Bakar pada suhu 180'c selama 20 minit.  Biarkan biskut sejuk.
4.  Bila biskut dah sejuk celupkan di dalam coklat yang telah dicairkan ataupun bubuh biskut di dalam paper cup dan curah coklat cair.
5.  Taburkan badam cincang.
6.  Biarkan coklat membeku pada suhu bilik dan simpan di dalam bekas kedap udara.
* Bila biskut dah sejuk baru double boilerkan coklat masakan tu, jangan cairkan awal-awal nanti keras pulak bila nak celup biskut nanti.

SELAMAT MENCUBA!!!