Rabu, 25 Februari 2015

KUIH LOMPANG GULA MERAH

kuih lompang

BAHAN-BAHAN :
 1 1/2  cawan tepung beras

1 sudu besar tepung ubi
1 sk air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2  cawan air (1 cawan air + 1 cawan santan)
kelapa parut (kukus bersama daun pandan)

CARA MEMBUATNYA :
1. Masak gula pasir dan gula merah dengan 1 cawan air. Tapis dan sejukkan.
2. Satukan tepung dan masukkan 1 cawan santan.
3. Tuang air gula yang telah dimasak.
4. Kacau sebati dan tapis.
5. Tuang ke dalam acuan lompang yang telah disapu minyak.
6. Kukus 15 minit dengan api besar.
7. Hiaskan ditengah-tengah kuih lompang dengan kelapa parut.
8. Siap untuk dihidang.

Tiada ulasan: