LAKSA JOHOR |
Hari ni nak berkongsi resepi 'LAKSA JOHOR' yang sangat superb rasanya...dah banyak kali membuat laksa Johor dengan resepi ini dan Alhamdulillah feedback dan responnya amat memberangsangkan...ramai yang memuji sedap dan tak kurang juga yang mintak resepinya...hehe...buat apa nak kedekut ilmu kan...Ada orang tak nak berkongsi resepi sebab alasan menjual katanya tapi bagi saya apa salahnya berkongsi walaupun saya juga menjual jika ada tempahan...InsyaAllah kalau kita tak kedekut ilmu kita akan dapat lebih lagi kan...amin
Bagi sesiapa yang teringin nak buat Laksa Johor bolehlah try resepi ni ye...InsyaAllah tak akan menghampakan anda...
ulam-ulaman sebagai aksesori |
BAHAN A
1 peket spagetthi
Didihkan air dalam periuk. Masukkan sedikit garam. Rebus spagetthi hingga lembut. Basuh dengan air dan toskan. Gaulkan dengan satu sudu besar minyak masak supaya tidak melekat.
kuah yang sangat superb |
BAHAN B
1 kg ikan kembong/ sardine/selayang/parang ( saya guna 15 ekor ikan selayang)
10 batang lada kering
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 batang serai
4 biji buah keras
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit (kalau takde bubuh jer 1 sudu kecil serbuk kunyit)
1 peket rempah kari ikan BABA's (saya suka jenama kari ni sebab lebih kaw...)
5 mangkuk air
2 ketul kiub ikan bilis
1 ketul gula Melaka
2 keping asam keping
1 sudu besar garam
1/2 mangkuk kerisik
2 mangkuk santan
1/2 mangkuk minyak masak
Kukus ikan lebih kurang 20 minit. Asingkan isi dan tulang. Kisar isi ikan dengan semangkuk air. Tulang ikan pun kisar jugak dengan 1 mangkuk air dan tapis.
Kisar halus lada kering, bawang merah, bawang putih, serai, buah keras, halia, lengkuas, kunyit.
Panaskan periuk dan tumiskan bahan kisar hingga naik minyak.
Bancuh serbuk kari dengan sedikit air. Masukkan bancuhan serbuk kari dan tumis hingga naik bau.
Masukkan 5 mangkuk air , isi ikan yang telah dikisar dan tulang ikan yang telah ditapis.
Masak hingga mendidih. Masukkan kiub ikan bilis, gula melaka, garam dan kerisik. Kacau rata.
Akhir sekali masukkan santan dan masak hingga mendidih. Kuah agak pekat ye kalau rasa pekat sangat boleh tambah air ye sebab Laksa Johor memang kuahnya pekat.
Garam boleh adjust ye kalau rasa tawar boleh tambah lagi ikut citarasa masing-masing ye kalau ikut saya dah cukup dah tu...secukup rasa....
BAHAN C
Bawang besar
Kacang panjang
Daun kesom
Lobak asin
Limau kasturi
Timun
Taugeh
Sambal belacan :
4 biji lada merah
6 biji cili padi merah
1 inci belacan yang telah digoreng
Tumbuk lada dan belacan hingga lumat.
Bolehlah dihidang bersama spagetthi, kuah dan bahan hiasan untuk menjadikannya LAKSA JOHOR YANG SUPERB....selamat mencuba!!!
1 ulasan:
Alhamdulillah, utk org yg baru 1st time buat..jd sng bila ikut resepi ni..sng faham.. Terima kasih atas reaepi yg dikongsikan..
Catat Ulasan