Isnin, 9 Februari 2015

RUMAHKU SYURGAKU...sekadar koleksi peribadi...


Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Hari ini nak berkongsi gambar-gambar koleksi sudut-sudut di dalam rumah saya bertujuan untuk tatapan diri saya sendiri. Bukan niat untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar koleksi simpanan peribadi...kot2lah ada yang sedang mencari idea nak deco rumah baru bolehlah cuci-cuci mata ye...tak cantik mana pun sebenarnya tapi cukuplah sekadar kepuasan hati sendiri dan mengikut kemampuan diri (budget ciput je)...Kalau ikut hati memang nak lebih daripada itu tapi ini pun dah syukur Alhamdulillah...tapi jangan tanya kos ye...jenguk & tengok jelah ye...

Deco taklah sehebat hasil tangan ERIC... alah ...pereka dalaman terkenal tu tapi bolehlah...simple & sedap mata memandang...ewah!!!perasan....Tetapi untuk menghasilkan hiasan se'simple' ini pun mahu berpeluh dan jenuh meronda kedai-kedai lampu, cat & perabot yang berkenan di hati... Biasalah kan nak yang cantik tapi nak yang murah...memang susah nak dapat ...namun berkat semangat dan kesungguhan berjaya juga akhirnya walapun tak seberapa...


Ruang tamu


 


So, cuci-cuci matalah ye...
bilik tidur utama
bilik tetamu


Bilik tidur anak


Disebabkan anak-anak masih kecil jadi disediakanlah khas untuk diaorang sebuah bilik kecil sebagai play room dan merangkap mini library diaorang macam nursery gitu...kalau nak bersepah mainan biarlah bersepah dalam bilik tu  pun senang nak kemas...

mini library

 
 
Rak mainan ni memang sangatlah fleksibel ye...comel jer senang nak kemas mainan...hehe...beli onlinelah kat kedai payah nak cari...klu malas nak kemas boleh ajar anak kemas mainan sendiri lepas penat bermain...kita pun sebagai ibu tak letih nak mengemas...anak pun terdisplin dengan sendirinya...
 
 
 
Sudut paling digemari dalam rumah adalah bahagian dapur...sebab disitulah tempat menumpahkan segala inspirasi air tanganku dan menghilangkan segala stress...entahlah yer...kalau rasa stress dengan kerja atau study ker perasaan nak memasak atau mem'baking' pasti membuak-buak...macam-macam resepi nak dicuba...jadi stok gula, tepung, dan telur mesti sentiasa ada...bunyi macam pelik kan tapi itulah hakikatnya...memasak dapat menghilangkan stress...huhu...
 
Kombinasi warna merah, hitam dan putih di bahagian kabinet dapur....memang membuatkan semangat untuk memasak membara-bara.
 
 


 
 
So, jemputlah datang ke rumah ye pasti kedatangan anda dialu-alukan dan dijamu dengan hidangan yang istimewa....
 
Sekian, terima kasih....

 
 
 
 
 




 
 


 



Tiada ulasan: