Assalamualaikum.... salam 1 Malaysia...
Resepi agar-agar santan ros ni lebih kurang sama je dengan resepi agar-agar gula merah cuma sukatan gula perlu dikurangkan sedikit.
So, trylah ye ...
BAHAN-BAHAN :
10 gm serbuk agar-agar (1 paket)
5 cawan air
1 cawan gula
2 cawan santan pekat ( saya guna santan kotak kecil dan campurkan air jadikan 2 cawan)
1 biji telur
sedikit sirap perisa ros
CARA MEMBUATNYA :
1. Masakkan serbuk agar-agar dengan air sehingga mendidih.
2. Masukkan gula. Biarkan mendidih dan gula larut. Masukkan sedikit sirap perisa ros.
3. Gaulkan telur dan santan sehingga sebati. Kemudian tapiskan.
4. Masukkan santan dan kacau. Biarkan mendidih sedikit.
5. Angkat adunan dan tuangkan ke dalam acuan.
6. Sejuk dan simpan di dalam peti sejuk.
7. Bila dah keras bolehlah potong dan hidangkan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Assalamualaikum & salam sejahtera .... Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak . ...
-
Assalamualaikum & selamat malam... Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak g...
-
Assalamualaikum... Hari ni nak berkongsi resepi kek coklat kukus versi topping guna serbuk koko je...sangat senang untu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan