Jumaat, 3 April 2015

KEK KEJU MELELEH YANG SANGAT SEDAP


Assalamualaikum dan salam Ahad... lama rasanya tak bersiaran mengupdate blog yang simple ni...maklum saja demam melanda dengan selsema, batuk...last2 suara xde pulak 2 minggu..rasa siksanya takde suara...so, nak buka laptop pun malas...tu yang banyak resepi-resepi yang tertangguh...nak masuk dapur pun xlarat...

Alhamdulillah demam pun dah lega hari ini nak berkongsi resepi kek keju yang sangat mudah...ramai member sekerja yang bertanya resepi kek ini tapi hari ini baru berkesempatan menempelnya di sini...selamat mencuba bagi yang sudi...Resepi ini juga yang saya gunakan untuk tempahan dan customer suka dan ramai yang repeat order...alhamdulillah...semoga ilmu yang disebarkan memberi manfaat kepada semua...amin...InshaAllah jika dibuat dengan penuh rasa kasih sayang pastinya menjadi...


KEK :
Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan tepung jagung
6 biji telur
1/3 cawan minyak masak
3/4 cawan gula kastor
1/4 cawan air dari peti sejuk
2 sudu besar ovalette

* klu nak guna tepung naik sendiri pun boleh xperlu guna tepung gandum dan baking powder ye...

Cara membuatnya :
Campurkan semua bahan di dalam bekas. Putar semua bahan hingga gebu. Masukkan minyak dan putar lagi. Kukus 45 minit hingga 1 jam dan boleh bakar. Kalau kukus dalam bekas kecil dalam 15-20 minit dah masak. Kalau bakar pastikan oven dah dipanaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 150'c. Bakar 40-45 minit.Saya bakar 40 minit je...
Kalau nak pastikan kek dah masak cucuk dengan lidi atau pisau tak melekat dah masaklah tu...

TOPPING:
250 gm krim keju (saya guna jenama TATURA)
1 cawan susu pekat @ gula kastor
1/2 cawan whipping cream

250 gm keju cheddar parut

Pukul semua bahan hingga gebu. Bila kek dah sejuk, potong kek ditengah-tengah. Sapukan topping krim keju. Curahkan baki krim keju ke seluruh kek. Ratakan kemudian tabor keju cheddar yang telah diparut. Siap.....SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: