Ahad, 10 Mei 2015

MUFIN COKLAT PISANG


Bahan-bahan :

2 cawan tepung gandum
2 sudu makan serbuk koko
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh serbuk penaik
secubit garam
 * ayak semua bahan di atas

2 biji telur - dipukul sedikit hingga kembang
1 cawan pisang ( dilenyek)
1 cawan minyak masak
1 cawan gula perang

Cara membuatnya :

1. Campurkan gula, minyak masak ke dalam telur. Gaul sebati.
2. Masukkan campuran tepung dan gaul sebati.
3. Gaul sebati pisang yang telah dilenyek.
4. Masukkan ke dalam paper cup kecil dan kukus selama 20 minit dengan api yang besar.

Tiada ulasan: