Ahad, 10 Mei 2015

TWISTIES HOMEMADE

Assalamualaikum dan selamat malam...


Adakah anak-anak anda penggemar makanan ringan atau juga dikenali sebagai 'junk foods', cekedis, keropok ataupun jajan? Kalau jawapannya ya...memang normallah tu... Benda yang sama cuma nama panggilan je yang berbeza. Saya juga suka sangat makan jajan especially twisties perasa cheese...anak-anak pun suka...sebenarnya tak berapa elok makan benda-benda macam ni sebab banyak MSG...jadi bila dah tahu buat sendiri better buatlah sendiri jadi kita yakin dengan pembuatannya sebab dari air tangan kita sendiri kan...

Hanya 2 bahan yang diperlukan untuk membuatnya iaitu :
1. Laksa kering
2. Serbuk cheese

Mudahkan...tak yah pening-pening kepala...

Cara membuatnya :


Goreng je laksa kering tu dengan minyak yang banyak. Jangan boh banyak-banyak masa menggoreng tu sebab ia akan kembang...satu lagi meletup2 skit ye...berhati-hati kalau tidak habiskan wajah yang ayu tu...hehe...

Lepas dan goreng, toskan dan bolehlah gaulkan dengan serbuk cheese. Kalau nak cheese banyak bohlah banyak-banyak. Lagi banyak lagi sedap...(Saya buat boh laksa goreng tadi dalam balang, pastu boh serbuk cheese. Tutup balang dan goncanglah balang banyak kali...cheese akan menyalut rata pada laksa yang digoreng tadi....Siap....senang je kan...cuma nak pesan sebelum goreng laksa tu pastikan minyak betul-betul panas kalau tidak laksa tak rangup...
SELAMAT MENCUBA !!!

Tiada ulasan: