Assalamualaikum...
Bersua lagi petang ini dengan resepi yang simple tetapi masih memenuhi selera tekak...Gulai rebung dengan daging...Kat utara biasanya orang panggil gulai tapi kalau kat selatan orang panggil masak kari...Kebiasaannya di utara terutamanya kat Kedah rebung menjadi makanan kebiasaan orang di sana kekadang bukan setakat masak gulai, rebung juga dijadikan ulaman.
Di sana kebiasaannya, gulai rebung dicampur dengan ayam...memang sedap especially gulai rebung 'mak mertuaku' memang marvellous....tapi kali ni nak try masak gulai rebung dengan daging pulak....asyik ayam jer..cer tukar selera dengan daging pulak...hehe...
Istimewanya gulai ini dimasak lama dan boleh tahan hingga 3 hari...tapi dengan syarat kena 'perangatlah' orang Kedah kata...orang Johor kata kena panaskanlah selalu nanti basi pulak...makin banyak kali perangat, lagi pekat kuah gulainya dan lagi sebati ramuannya...Gulai ini sedap makan dengan nasi putih dan sedap jugak buat cicah dengan roti putih...yummy...
Jom intai resepinya:
1/2 kilo daging lembu- hiris kecil
1/2 kilo rebung madu- potong kecil
2 tangkai daun kari
2 batang kayu manis
2 biji bunga lawang
4 biji bawang kecil- dimayang/hiris nipis
3 ulas bawang putih - hiris nipis
5 biji bawang merah- dikisar
4 ulas bawang putih - dikisar
1 inci halia- dikisar
6 sudu makan serbuk kari- bancuh dengan sedikit air dijadikan pes
4 keping asam keping
1 liter santan daripada 2 biji kelapa
garam dan gula secukup rasa
1 senduk minyak masak
2 sudu makan kerisik
Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak. Tumis kayu manis, bunga lawang dan daun kari. Masukkan bahan yang dikisar. Tumis hingga naik bau.
2. Masukkan pes kari dan masak hingga terbit minyak. Masukkan daging, rebung, santan, kerisik dan asam keping.
3. Masak hingga daging dan rebung empuk. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
4. Siap. Sedap dimakan dengan nasi panas.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
-
Assalamualaikum & salam sejahtera .... Rangup di luar moist di dalam ....tekstur serupa macam goreng dalam minyak yang banyak . ...
-
Assalamualaikum & selamat malam... Hari ni saya nak update resepi coklat moist guna air fryer... Macam-macam boleh masak g...
-
Assalamualaikum... Hari ni nak berkongsi resepi kek coklat kukus versi topping guna serbuk koko je...sangat senang untu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan