Khamis, 25 Jun 2015

MEE REBUS TERENGGANU YANG SANGAT AWESOME

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Hari ni terajin lah pulak nak menepek resepi mee rebus yang sangat simple dan mudah untuk dimasak...yang penting rasanya yang best...Jom intai resepinya...

BAHAN-BAHAN

1 bungkus mee kuning - celur dengan air panas dan toskan
20 ekor udang sederhana besar
5 ulas bawang putih - cincang
4 cawan air
20 biji bebola ikan - belah 2
1 sudu makan lada hitam - kurangkan pun boleh
5 sudu makan sos tiram
segenggam taugeh
1 ikat sawi - potong
cili padi - tak letak pun tak apa
2 sudu makan minyak masak
garam
2 kiub pati ayam( tak nak letak pun tak apa)

CARANYA :
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bawang putih hingga kekuningan.Masukkan udang dan bebola ikan. Biarkan hingga udang separuh masak.
2. Masukkan air, kiub ayam, sos tiram, lada hitam dan cili padi.Biarkan mendidih.
3. Masukkan batang sawi yang telah dipotong dan masak sehingga lembut.
4. Didihkan selama 2 minit sebelum dimasukkan daun sawi dan taugeh dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sebentar dan tutup api. Siap.
5. Bila nak makan baru curah kuah atas mee ye...kalau bubuh mee siap-siap takut mee jadi kembang tak sedap pulak nanti.

*Jangan masak terlalu lama takut udang jadi keras pulak...


3 ulasan:

eifa@irismatahati berkata...

macam senang je nk wat ni...hmmm...nk try watla..

eifa@irismatahati berkata...

nmpk simple dan sedap je ni...hmmm...nk try wat la..

Fieza berkata...

cubalah...senang je...