Khamis, 27 Ogos 2015

BIHUN GORENG SINGAPURA

Assalamulaikum dan salam sejahtera...





Bihun goreng singapura yang sangat simple tak perlu pun guna cili kisar pun...
Sesuai untuk hidangan breakfast, dinner mahupun hidangan  ekspress untuk untuk tetamu yang bertandang di rumah...

BAHAN-BAHAN :

1 bungkus bihun - rendam hingga lembut dan toskan
1 keping dada ayam - potong nipis
2 ekor sotong - potong bulat-bulat
3 ulas bawang merah - tumbuk lumat
2 ulas bawang putih - tumbuk lumat
1 sudu kecil serbuk lada hitam
2 biji telur
daun bawang - potong kecil
fishball - potong dua
fishcake - potong nipis
carrot - potong sebesar batang mancis
taugeh - jika suka
garam secukup rasa

* ayam boleh ganti/ tambah daging, udang.

Caranya :
1. Panaskan minyak. Pecahkan telur dan jadikan seperti telur hancur. Masukkan pula bahan tumbuk bersama serbuk lada hitam  dan tumis hingga naik bau.
2. Masukkan pula ayam  dan sotong. Masak sebentar.
3. Kemudian masukkan fishball, fishcake dan sayur-sayuran. Masukkan garam secukup rasa.
4. Akhir sekali masukkan bihun yang telah direndam dan gaul sebati. Taburkan daun bawang.
5. Siap dan sedap dimakan dengan hirisan cilipadi bersama kicap manis.


CILIPADI & KICAP
*Hiris 3 batang cili padi bersama 3 sudu makan kicap manis

Hidang bersama bihun goreng tadi...memang terangkat!!!


Tiada ulasan: