Hari ni pakat buat potluck gi tempat kerja sempena meraikan raya puasa 6. Macam-macam juadah yang terhidang ketupat, rendang, laksa pun ada...Alhamdulillah kenyang perut....untuk potluck hari ni biasalah mesti bawak kek...yang bestnya kejap je habis...letak2 atas meja pakat serbu...jap je habis...terlaris gitu...hehe...
Di samping itu,adalah juga yang meminta resepinya...of course takde masalah...ilmu kan untuk dikongsi...moga bermanfaat untuk semua...meh pakat jenguk resepinya ye...
BAHAN A (gula hangus/ karamel)
2 sudu makan gula pasir ditabur di dalam loyang. Kemudian dengan api yang kecil masak gula hingga cair kesemuanya dan berubah menjadi warna perang. Tutup api dan ketepikan. Kalau guna acuan kek yang berlainan cepat-cepat tuang gula hangus ke dalam acuan kek dengan kadar segera kerana gula hangus ni cepat mengeras.
BAHAN B (puding)
3 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan tepung jagung
Caranya : Dengan menggunakan whisk, pukul telur dengan susu pekat. Masukkan pula susu cair, tepung jagung dan esen vanilla. Pukul sebati, kemudian tapis dan tuang ke atas lapisan caramel tadi. Panaskan kukusan, bila air dah menggelegak, masukkan adunan puding tadi dan kukus selama 20 minit.
*tutup adunan puding dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk ke dalam adunan.
BAHAN C ( kek coklat)
1 cawan gula pasir
1 cawan minyak
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan serbuk koko
* Semua bahan dimasak hingga mendidih dan serbuk koko larut sepenuhnya.Biarkan sejuk.
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
* kalau takde guna tepung gandum + 1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
*Ayak tepung dan soda bikarbonat
3 biji telur
Caranya :
1.Pukul telur dengan whisk hingga kembang. Masukkan pula campuran serbuk koko yang telah dimasak tadi sedikit-sedikit dan gaul rata. Masukkan tepung yang telah diayak sedikit demi sedikit dan gaul sebati.
2. Tuangkan adunan kek ke atas adunan puding yan telah dimasak tadi. Kukus lagi 1 jam.
3. Bila dah masak, angkat kek dan telangkupkan terus ke dalam bekas tanpa menanggalkan acuannya. Biar kek sejuk dahulu barulah ditanggalkan acuannya. Ini untuk mengelakkan kek dari pecah.
4. Sejukkan di dalam peti ais bila nak makan baru potong dan hidang. Fuh!!! memang sedap...percayalah!!!
SELAMAT MENCUBA!!!
2 ulasan:
Alhamdulillah, banyak kali buat dan menjadi...terima kasih fieza atas resepi yang mudah ni....
Alhamdulillah, terima kasih juga kerana mencuba...
Catat Ulasan