Selasa, 15 September 2015

KEK MILO YANG SANGAT MUDAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


 
 
 
 
 
 


Kek milo pernah jadi viral kat fb...sana sini orang post...teringin jugak nak mencuba...semalam tergerak hati nak membuatnya...penggunaan bahan yang cukup mudah...memang bahan yang sedia ada di dapur...

Jom intai resepinya...


kek baru siap dikukus
 

BAHAN-BAHAN KEK :

1 cawan milo
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
*Masak semua bahan di atas hingga sebati dan biarkan sejuk

1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
* ayak semua bahan

3 biji telur


kek dibiarkan sejuk dan telangkupkan ke atas bekas

CARANYA:
1. Panaskan kukusan. Sapukan sedikit minyak pada loyang dan ketepikan.
2. Pukul telur hingga kembang. Tuang adunan telur ke dalam adunan milo dan gaul sebati.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan gaul sebati.
4. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus 45 minit - 1 jam.
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.


kek yang telah dicurah topping dan ditabur coklat urai


TOPPING KEK :

1 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
3 sudu makan air
2 sudu makan minyak masak

HIASAN
coklat urai warna-warni


CARANYA:
Masak semua bahan  kecuali coklat urai dengan api sederhana hingga agak likat. Tuang ke atas kek yang telah sejuk. Tabur di atas kek dengan coklat urai.



SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: