Isnin, 21 Disember 2015

BEGEDIL TAUHU SANGAT SEDAP

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia...
 
 




Lama sungguh  tak meng'update' resepi...memang tak berkesempatan 'busy' sangat...tapi hari ni gagahkan diri juga meng'update' resepi hari ni...sebenarnya satu family tengah diet so, cuti mem'baking'dulu...sekarang tengah mengumpulkan menu-menu diet yang dimasak setiap hari...inshaallah,ada kesempatan nanti saya post ye...

Ok,hari ni nak post resepi begedil tauhu yang saya jumpa kat laman fb...tp xingat sape pengirimnya...cuma resepi tu diubahsuai mengikut tekak sendiri...
4 step je, blender,kukus,celup & goreng...
 
 

BAHAN-BAHAN



BAHAN KISAR
3 keping tauhu putih
2 tiub tauhu telur
2 biji telur rebus
1 cawan daging ayam yang telah dicincang
1 sudu makan udang kering - direndam
Sedikit daun sup- dicincang halus
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

BAHAN LAIN
2 biji telur



CARA MEMASAK:

 
 

1. Kisar semua bahan hingga halus. Masukkan sedikit serbuk lada hitam dan gaul rata.

 
 
 

 2. Sapu sedikit minyak pada loyang dan tuang adunan  ke dalam loyang dan kukus hingga kental .(saya kukus 20 minit)
 
 

3. Bila dah masak biarkan sejuk.
 
 
 
 


4. Potong bentuk segiempat.
5. Pukul 2 biji telur dan campurkan sedikit garam.
6. Panaskan minyak di dalam kuali. Celup kepingan tauhu yang telah dikukus tadi dengan telur dan goreng hingga garing.
7. Angkat dan toskan.Hidangkan bersama sos kesukaan.

Selamat mencuba!!!



























Tiada ulasan: