Jumaat, 12 Februari 2016

KUIH SERI MUKA ACUAN CANTIK

Assalamulaikum dan selamat malam...



Hari ni teringin nak makan kuih seri muka...nak keluar ke kedai malaslah pulak...jenguk dalam kabinet ada beras pulut,tepung beras,tepung kastard...buka peti sejuk ada santan...bahan penting dah ada...buat sendirilah boleh buat minum petang sekali...tapi...loyang 10 inci takde pulak...belek2 kabinet ada acuan kek je...guna jelah kan...sambil berdoa di dalam hati moga2 jadilah kuih ni ye...amin...

Proses punya proses lebih kurang sejam lebih... akhirnya...tara...comellah pulak kejadian kuih serimuka ni...sayang pulak nak potong...hihi...

Disebabkan loyang takde maka proses membuat kuih serimuka pun jadi terbalik pulak...biasanya kukus pulut,tekan dalam loyang pastu curah adunan hijau atasnya kan...tapi...yang ni terpaksa tanak pulut asing...pastu kukus dulu adunan hijau barulah ditekan2 lapisan pulut di atasnya...takpelah yang penting boleh dimakan....

Untuk resepi ini saya membuat lapisan pulut nipis sahaja dan lapisan hijau pula memang tebal...sebabnya...anak-anak kalau makan kuih ni lapisan hijau je yang dimakan,lapisan pulut bagi  ibunya yang makan...aduhai...





BAHAN-BAHAN:


LAPISAN HIJAU

1 cawan tepung beras
3 sudu makan tepung kastard / tepung jagung
1/2 cawan gula
2 cawan santan pekat
1 cawan air daun pandan ( 5 helai daun pandan blend dgn air dan tapis jadikan 1 cawan)
Secubit garam
2 biji telur
1 sudu kecil pandan paste
Sedikit pewarna hijau epal

* blender semua bahan. Oleskan rata sedikit minyak pada acuan. Tapiskan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 25 minit.


LAPISAN PULUT
1 cawan tepung pulut - rendam 1 jam
1 1/2 cawan santan cair
Secubit garam

* Gaul rata dan kukus 25 minit.








CARA MELAPIS
Gaul rata pulut yang telah masak tadi. Lapiskan ke atas lapisan hijau dan tekan perlahan-lahan hingga padat. Kukus lagi 20 minit. Sejukkan dan bolehlah dipotong menggunakan pisau plastik.


SELAMAT MENCUBA!!! "

Tiada ulasan: