Biskut sugi/biskut arab.... Skrg namanya telah dimodenkan jadilah cystal ball.... Masih menggunakan bahan yang sama cuma biskutnya diwarna-warnikan supaya nampak lebih menarik....
BAHAN-BAHAN :
1 1/2 cawan minyak sapi
3/4 cawan gula kastor
4 1/2 cawan tepung gandum - sangai sampai ringan
Gula halus untuk salut biskut lepas siap bakar
Sedikit pewarna merah, kuning & hijau.
CARANYA :
1. Campurkan sebati gula & tepung gandum.
2. Masukkan minyak sapi sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
3. Bahagikan doh kepada 3 bahagian. Bubuh setiap bahagian dengan warna hijau, kuning & merah.
4. Cubit sedikit setiap warna, cantumkan dan bulat-bulatkan.
5. Susun di atas loyang.
6. Panaskan oven 170'c selama 5 minit.
7. Bakar biskut selama 20-25 minit pada suhu 160'c.
8. Biarkan sejuk. Bila biskut dah sejuk, golek-golek dengan gula halus.
9. Simpan di dalam bekas kedap udara.
SELAMAT MENCUBA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan