Jumaat, 3 Jun 2016

TART EPAL GULUNG

Assalamualaikum dan salam petang jumaat...




Asyik buat tart nenas gulung je bila raya kan.... Jadi tahun ni cuba tambah variasi tart gulung dengan inti epal pulak.... Pasti tak mengecewakan....

BAHAN-BAHAN:

Bahan doh:

2 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
2 1/2 sudu makan tepung kastard
2 sudu makan susu tepung
1 cawan butter (226gm)
1 sudu makan minyak sapi
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar gula kastor
Sedikit pewarna hijau


Bahan inti epal :

6 biji epal hijau - buang kulit & parut (saya guna food processor blender je sampai lumat)
3 senduk nasi gula pasir - adjust sendiri ye
Sedikit pewarna hijau epal
Sedikit serbuk kulit kayu manis- jika suka (saya tak letak pun sebab tak suka)
* Masak bahan di atas hingga kering & sejukkan sebelum dijadikan inti tart.



Caranya:
1.  Adun sebati butter, minyak sapi, esen vanilla & gula. Guna senduk kayu je.
2.  Masukkan pula kuning telur dan gaul sebati.
3.  Masukkan tepung gandum, tepung kastard,  tepung jagung dan susu tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh. Bubuh sedikit pewarna hijau dan uli hingga warna sekata.
4.  Ambil sedikit adunan dan masukkan ke dalam acuan tart. Tekankan adunan dengan panjang lebih kurang 3 inci.
5.  Masukkan inti epal dan gulung kemas.
6.  Alaskan loyang pembakar dan susun tart yang telah siap tadi.
7.  Gliskan dengan kuning telur.
8.  Bakar pada suhu 160'c,  17 hingga 20 minit hingga masak.
9.  Biarkan sejuk barulah simpan di dalam bekas kedap udara.



SELAMAT MENCUBA!!!


Tiada ulasan: