Selasa, 5 Julai 2016

KEK LAPIS STRAWBERRY COKLAT RICE

Assalamualaikum dan salam Ramadhan....







Asyik kek lapis je....yelah resepi ni lama dah terperap dalam buku resepi kesayangan cuma nak berkesempatan nak share...tapi sebab mood terajin tu dah datang share teruslah ye....bukan apa...kot2 ada yang teringin nak buat sendiri kan... Sebenarnya resepi ni saya gunakan untuk tempahan kek lapis saya...resepi asal kek lapis biasanya menggunakan jumlah telur, gula & susu pekat yang banyak tapi...orang kata boleh potong kaki....jadi,untuk resepi ni saya ubahsuai sukatannya supaya tidaklah terlalu manis dan melekat pada anak tekak...










BAHAN-BAHAN :
450gm butter/12 sudu makan
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu makan ovalette
6 biji telur gred A
1 cawan serbuk biskut marie-saya kisar 20 keeping biskut marie saiz besar dan tapis
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
200gm strawberry filling/jem strawberry
coklat rice secukupnya
sedikit pewarna merah jambu


CARANYA :
1. Pukul mentega dan gula hingga kembang,
2. Masukkan telur satu persatu. Pukul hinga sebati.
3. Masukkan pula ovalette dan esen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
4. Masukkan susu pekat dan pukul lagi.
5. Masukkan tepung gandum dan serbuk biskut marie sedikit demi sedikit dan gaul rata menggunakan senduk kayu.


Satu adunan biarkan plain

                                         
                                         
Satu adunan lagi tambah strawberry filling & sedikit pewarna pink
Gaul rata jem dan pewarna merah jambu



6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diwarnakan dengan merah jambu dan dimasukkan strawberry filling. Gaul rata.
7. Tuangkan 2 senduk nasi/6 sudu makan adunan plain dan bakar 200'c api atas bawah selama 8 minit.



8. Lapiskan pula dengan adunan strawberry dan taburkan rata coklat rice. Bakar lagi adunan selama 8 minit api atas sahaja. Langkah ini diulang hingga adunan habis. Lapisan terakhir bakar pada 140'c selama 20 minit lagi. 5 minit lagi api atas bawah.






Setiap kali lapisan kek siap dibakar kek perlu ditekan supaya tiada lapisan udara dan permukaan kek rata. 





Kek setelah diterbalikkn


9. Sejukkan dan simpan di dalam peti sejuk.


Balut kek dengan plastik supaya kek sentiasa moist.... 


SELAMAT MENCUBA!!!

Tiada ulasan: