Dah lama rasanya tak meng'update' blog ni ..rindu rasanya ....banyak perkara yang tak dijangkakan berlaku.... namun setiap yang berlaku ada hikmahnya. . think positif & hidup harus diteruskan...
Hari ni nak berkongsi resepi laksa utara ala2 laksa kedah tetapi diubahsuai mengikut citarasa family.. yelah dalam family ni ada 'hantu laksa' & makan pedas. . jadinya.... kuah laksanya sedikit pedas. ..kalau tak suka pedas boleh kurangkan kuantiti cilinya ..
Bahan-bahan:
1 bungkus laksa- rendam & rebus hingga lembut
Aksesori
Hirisan timun
Hirisan bawang besar
Limau nipis
Hirisan cili padi
Telur rebus
Bahan kuah
20 ekor/ 1 kilo ikan kembung (temenung) / ikan selayang (sardin)
* siang & rebus ikan bersama 5 keping asam keping & 1 sudu besar garam halus
* ikan yang dah direbus .. .asingkan isi dan tulang
* blender isi ikan dengan semangkuk kecil air
* blender tulang ikan dengan semangkuk kecil air dan tapis ambil airnya sahaja.
#6 biji bawang besar
#3 genggam cili kering
#2 inci belacan
# blender halus
3 sudu makan garam halus
Sedikit bahan perasa
Segenggam daun kesum
2 bunga kantan-jika suka
10 keping asam keping
Cara-caranya:
1. Masak sebentar bahan yang diblender di dalam periuk lebih kurang 10minit.
2 .Masukkan air secukupnya lebih kurang 3/4 penuh periuk .Masukkan daun kesum ,bunga kantan & asam keping & biarkan mendidih.
3. Masukkan pula isi ikan & air tulang ikan yang telah diblender tadi .Perasakan dengan garam secukupnya. Biarkan kuah mendidih lebih kurang 15 minit .
4. Hidang bersama laksa & aksesori.
SELAMAT MENCUBA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan