Gebu gebas kek yang terhasil
Resepi kek terakhir malam ini ...kek cheese leleh versi fieza delights...kek yang mendapat permintaan paling tinggi .. .Memang super awesome....tak salah berkongsi resepi...moga bermanfaat untuk semua ...
5 biji telur gred A
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu makan ovalette
1/4 cawan susu cair
1 cawan gula kastor
1 sudu makan susu tepung
# Putar semua bahan di atas hingga gebu.
# Masukkan 2 cawan tepung berserbuk penaik (jenama Bluekey) sedikit demi sedikit & mix hingga sebati.
# Masukkan 3 sudu makan minyak & kaup balik menggunakan spatula.
#Sapu loyang saiz 9 inci & alas dengan baking paper . Sapu rata sedikit minyak di atas permukaan baking paper tadi .
Kek selepas dikukus terus diterbalikkan supaya tidak mendap .Biarkan kek sejuk baru dicurahkan topping cheese.
# Tuang adunan kek ke dalam loyang & ratakan. Hentak beberapa kali supaya adunan rata dan mampat .Kukus selama 45 minit.
Curahkan topping cheese ke atas kek & parutkan keju cheddar ke atas kek .
Topping cheese leleh
250gm cream cheese
1 cawan susu pekat
1/4 cawan susu cair
# Blender ketiga-tiga bahan sebati .
# Kek yang sudah sejuk dibelah 2. Tuang sedikit topping cheese & ratakan . Letak lapisan kedua .Tuang kesemua topping cheese & ratakan hingga meleleh .
# Parutkan keju cheddar ke atas kek.
# Simpan kek di dalam peti sejuk beberapa jam .Hias kek ikut kreativiti masing -masing.
SELAMAT MENCUBA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan