Kek coklat kukus....resepi yang ni paling mudah ...sebab tak perlu guna mixer pun ...guna blender jer ...Blend, gaul2 kemudian kukus .. Senang jer...
3/4 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan serbuk koko
3 biji telur
# Semua bahan di atas blender 10 minit.
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
# ayak
# Tuang bahan yang telah diblender ke dalam bekas. Masukkan tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit & gaul sebati.
# Kukus 45 minit -1 jam 15 minit / hingga masak .
* Kalau guna acuan puding lubang tengah tu,45 minit jer... Kalau loyang, 1 jam lebih.. .
*Nak tau kek masak ke tidak...lepas 45 minit cucuk kek dengan lidi kalau melekat kena tambah masa mengukus...Kalau dah tak lekat bermakna kek dah masak sempurna.. .
# Kalau nak bubuh topping ,guna resepi di bawah...senang sgt ...Gambar2 kek kat atas tu kek coklat kukus tanpa topping ye. ..kek coklat tanpa topping pun sedap ...
Topping
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 sudu makan minyak masak
# masak dengan api kecil hingga pekat
# Bila kek dah sejuk,tuang topping & tabur coklat rice(coklat urai )
SELAMAT MENCUBA!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan