Sambal kerang ....hmmm....sedap yakmat....makan dengan nasi lemak atau nasi panas-panas....fuh !!! Terangkat ....
Bahan-bahan :
#segenggam cili kering( lbh kurang 20 batang )
#4 ulas bawang merah
#4 ulas bawang putih
# blender lumat
Semangkuk isi kerang
1 sudu kecil asam jawa bancuh dengan air jadikan 1/2 cawan
3 sudu kecil garam halus
6 sudu makan gula
1/2 biji bawang besar -hiris
Cara-caranya :
Panaskan minyak .Tumis bawang besar hingga layu .Masukkan pula bahan yang telah diblender dan masak hingga pecah minyak .
Masukkan pula air asam jawa dan gaul sebati. Kemudian, masukkan kerang,gaul sebati dan masak sebentar hingga kerang masak.
Bubuh garam & gula. Masak sambal hingga mendapat kepekatan yang disukai .
SELAMAT MENCUBA!!! 😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan