Paprik ayam ...lauk favourite anak dara sulung ni....bertambah-tambah nasi...combination nasi putih & telur dadar memang kena dengan tekak...
Paprik ayam |
Bahan-bahan
2 keping dada ayam -potong kecil
1 biji bawang besar -potong 4
3 ulas bawang putih -diketuk
1 batang serai -diketuk
3 biji cili padi merah -diketuk
2 sudu makan cili kisar
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan gula
2 sudu kecil garam
1 sudu makan knorr pasti sedap
6 helai daun limau purut
Carot -potong kecil
Air secukupnya
Cara-caranya :
# Panaskan sedikit minyak.Tumis bawang besar ,bawang putih ,serai & cili padi hingga naik bau.
# Masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak .
# Masukkan sos cili, sos tomato & sos tiram .Gaul sebati .
# Kemudian, masukkan pula ayam & masak sebentar .
# Tambah air secukupnya. Masukkan carot,garam,gula,daun limau purut & knorr pasti sedap .
# Masak hingga kuah agak pekat .
*garam & gula boleh adjust sendiri ye ...
Nota : boleh tambah bunga kobis & putik jagung jika suka .
SELAMAT MENCUBA !!! 😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan