Kuey teow ladna |
Hari ni genap 10 hari umat Islam berpuasa...menu hari ni masih 'Simple is ok'....Plan mulanya nak masak mee kuah tapi ...oleh kerana kesuntukan masa,Kuey teow ladna jadi santapan ....Mee kuah masak esok lah yer...
KUEY TEOW LADNA
Penyediaan kuey teow :
1/2 bungkus kuey teow gaul dengan sedikit kicap manis .
# Panaskan sedikit minyak .Goreng kuey teow atas api yang perlahan hingga kuey teow lembut & sedikit garing .
# Tutup api & letak di dalam pinggan.
Penyediaan kuah ladna
Bahan-bahan :
2 ulas bawang putih -ketuk
2 cawan air
3 sudu makan bancuhan tepung jagung
Sedikit hirisan isi ayam
Sedikit udang
Sawi
Carot
Tomato
1 batang cili merah -hiris
1 kiub pati ayam
Garam secukup rasa
Serbuk lada sulah
1 biji telur- tak nak letak pun takpe
Cara-caranya :
1. Panaskan 2 cawan air & 2 ulas bawang putih.Biarkan mendidih.
2. Kemudian, masukkan carot, ayam,udang,kiub pati ayam,garam & serbuk lada sulah .
3. Masukkan pula, sawi, cili & tomato & biarkan hingga lembut .
4. Tambah 3 sudu makan bancuhan tepung jagung & masukkan telur .
5. Biarkan kuah agak pekat & tutup api .
6. Tuang kuah atas kuey teow yang telah digoreng tadi.
7. Sedia untuk dihidang .
SELAMAT MENCUBA !!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan