Bihun sup utara |
Bihun sup utara ...berbeza dengan bihun sup di negeri-negeri lain...uniknya bihun sup utara ni bihunnya berwarna kuning dan dihidangkan bersama sambil cili merah berbanding sambal kicap yang biasa dihidangkan bersama bihun sup...
Bihun sup ni sedap digandingkan dengan sup daging/sup tulang & mestilah betul-betul lembut & empuk kalau tak spoil selera makan....
Jom kita tengok resepinya... .
BIHUN KUNING
1 peket bihun
1 sudu makan serbuk kunyit
# Didihkan air hingga mendidih .Masukkan serbuk kunyit. Masukkan bihun & kacau sekejap dan toskan .Jangan terlalu lama nanti bihun jadi lembik pulak ...
SUP TULANG
1 kg tulang dicampur sedikit daging
2 batang serai -ketuk
2 inci halia -ketuk
*4 ulas bawang merah -tumbuk
* 4 ulas bawang putih -tumbuk
Rempah sekawan
Sedikit batang daun sup
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk kasar
3-4 liter air
# Panaskan sedikit minyak. Tumis rempah sekawan & bahan tumbuk hingga naik bau.
# Masukkan semua bahan dalam periuk & rebus hingga tulang & daging empuk .
Saya guna pressure cooker jer ...Setting untuk sup tulang. Cepat & mudah.
SAMBAL CILI MERAH
3 senduk cili kisar
* 3 ulas bawang merah -tumbuk
* 3 ulas bawang putih -tumbuk
1 keping asam keping
Garam & gula secukupnya
1/2 cawan minyak masak
# Panaskan minyak. Tumis bahan tumbuk hingga wangi. Masukkan pula cili kisar & masak hingga pecah minyak .
Masukkan asam keping,sedikit air ,garam & gula. Masak hingga sedikit pekat.
SAMBAL KICAP
20 biji cili padi
3 ulas bawang putih
Kicap manis
Garam & gula secukupnya
Sedikit air
# Blender semua bahan
BAHAN SAMPINGAN
Daun sup
Daun bawang
Lobak masin
Bawang goreng
Asam limau
SELAMAT MENCUBA !!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan