Isnin, 3 Jun 2019

28 RAMADHAN

Assalamualaikum & salam  Ramadhan....

Nasi  ayam


Meriah berbuka beramai-ramai

Menu 28 Ramadhan...nasi ayam,sate,keropok lekor,tembikai, air katira,air mangga...berbuka ramai-ramai memang meriah...

Untuk  kali  ni  kuantiti nasi  ayam yang dimasak banyak  sikit berbanding hari-hari biasa kerana berbuka  ramai-ramai. Budget masak  untuk  10 orang makan ....Alhamdulillah tak  terbuang pun...cukup-cukup jer ...yang penting  puas  makan  & sedap ....bertambah-tambah...


NASI AYAM

Penyediaan Nasi :
7 pot beras - rendam dengan 1 sudu  kecil serbuk  kunyit selama  lebih kurang  15 minit. Kemudian  toskan .
7 1/2 pot air rebusan ayam
Rempah  sekawan
2 sudu  makan  butter
3 sudu  makan  minyak masak
2 helai  daun pandan  disimpul
3 ulas  bawang merah -hiris halus
3 ulas  bawang putih -hiris halus
1 inci  halia -potong nipis
2 kiub  pati  ayam  knorr

CARA  MEMASAK :
1. Panaskan minyak. Masukkan butter & biarkan cair .
2. Tumis  rempah sekawan, daun  pandan bawang merah, bawang putih hingga  garing .Masukkan  ke dalam rice cooker yang berisi  beras  yang telah  direndam tadi .
3. Masukkan  kiub  pati  ayam  & pecah-pecahkan. Jangan biar  seketul takut kiub  tak  larut .
4. Kemudian  sukat  7 1/2 pot air rebusan ayam .Gaul beras  sebati .
5. Masak  nasi  seperti biasa .


Penyediaan Ayam :
1. Potong  ayam .Rebus dalam  air yang banyak.
2. Angkat ayam. Perap  dengan  kicap, sos  tiram  dan  madu. 4 kicap,3 sos  tiram  & 2 madu .
3. Perap  selama  30 minit -1 jam.
4. Goreng dalam  minyak yang banyak sehingga garing.


Penyediaan Sambal cili :
2 cili  besar
10 biji  cili  padi  merah
3 ulas  bawang putih
1 biji  tomato
3 senduk air rebusan ayam
# Blender semua  bahan .
# Didihkan bahan  yang telah  diblender. Tambah  4 sudu  makan  gula, 1 sudu  kecil  garam  halus ,perahan air sebiji limau  nipis & sedikit  serbuk  perasa .
# Masak  hingga  kuah  agak  pekat.


Penyediaan Sos  kicap
# Didihkan  air perapan ayam .Tambah 2 ulas  bawang putih yang telah  diketuk .
# Masak  hingga  kuah  agak  pekat.


Penyediaan Sup
# Didihkan air rebusan ayam .Tambah 2 kiub  pati ayam  knorr, sedikit serbuk  lada sulah, daun  sup  & daun  bawang .

Aksesori lain
Daun  salad
Tomato
Timun


SELAMAT MENCUBA!!!😋

Tiada ulasan: