Nasi ala kak wok |
Nasi ala kak wok...Nasi putih, ayam goreng, sambal belacan ,ulam timun & gulai kari ayam ...
NASI PUTIH
# masak nasi macam biasa
Ayam goreng |
AYAM GORENG
1/2 ekor ayam -potong kecil
Daun kari
Serbuk kunyit
Garam halus
# Gaul sebati dengan ayam .
# Goreng ayam hingga garing .
Gulai kari ayam |
GULAI KARI AYAM
1 mangkuk leher & kaki ayam
Sebiji terung -potong kecil
Kacang panjang -potong
* Bahan kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 peket serbuk kari daging baba's
1 sudu makan rempah kerutuk adabi
Sedikit gula melaka
2 sudu kecil garam halus
1 kiub ayam
Air secukupnya
1 kotak kecil santan
2 asam keping
CARA MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi .
2. Masukkan serbuk kari & kerutuk. Tumis hingga pecah minyak.
3. Masukkan ayam dan masak hingga sedikit kecut.
4. Kemudian ,masukkan air secukupnya.Masukkan pula kiub ayam,asam keping dan biarkan mendidih.
5. Masukkan terung & kacang panjang. Masak hingga lembut.
6. Masukkan santan ,garam. Biarkan mendidih hingga santan benar-benar masak .
7. Sedia untuk dihidang.
sambal belacan |
SAMBAL belacan
4 keping cili kering - rebus
10 biji cili padi merah
1 biji bawang besar -goreng
6 ulas bawang putih -goreng
2 inci belacan -goreng
3 sudu makan gula
2 sudu kecil garam halus
1 mangkuk kecil air asam jawa
1/2 limau nipis -perah airnya
# Blender
SELAMAT MENCUBA!!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan