Bihun sup daging sempoi |
Bihun sup daging sempoi... Cepat dimasak sedap dimakan...
Bahan-bahan :
1/2 paket bihun jenama FAIZA -rendam dengan 2 sudu kecil serbuk kunyit 3jam.Kemudian,celur dengan air panas hingga lembut & toskan .
SUP DAGING
1/2 kg daging lembu -rebus dengan pressure cooker hingga lembut .Toskan & potong kecil .
Bahan kisar
5 ulas bawang kecil
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji buah keras
Rempah sekawan
Sup bunjut
2 kiub pati ayam
Air secukupnya
Daun sup & bawang -potong kecil
2 sudu makan rempah sup
Serbuk lada sulah
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis rempah sekawan hingga naik bau .Masukkan pula bahan kisar hingga sedikit garing.
2. Masukkan 2 sudu makan rempah sup dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Masukkan pula daging,air secukupnya & sup bunjut. Biarkan mendidih.
4. Kemudian, masukkan kiub pati ayam,serbuk lada sulah,garam & daun sup & bawang.
5. Biarkan mendidih lagi lebih kurang 15 minit .
6. Sedia untuk dihidang.
SAMBAL KICAP
20 biji cili padi
3 ulas bawang putih
2 sudu makan gula
Kicap secukupnya
# Tumbuk cilipadi & bawang putih hingga lumat. Tambah kicap & gula . Gaul sebati. Sedia dihidang bersama bihun sup .
SELAMAT MENCUBA !!!😋
Tiada ulasan:
Catat Ulasan