Sabtu, 20 Julai 2019

SHELL OUT KEBABOOM...

Assalamualaikum & salam Sabtu ....

Shell out

Makan beramai-ramai syok sangat....makan beralaskan plastik tak payah nak basuh pinggan dah...

Hari ni teringin nak makan shell out... Awal2 pagi gi pasar  dengan  en. Somi .. .Geram tengok ikan & makanan laut segar-segar.....macam nak beli semua ...murah pun murah....haha ....tapi beli apa yang patut jelah  yer...ikan siakap,udang,sotong,ketam...nak bagi nampak banyak lauk shell out  tambahlah retak seribu/lala & kerang....boleh makan 10 orang...tapi kami makan 5 beranak jer...2 kali makan .. Lunch & dinner....puas hati ...


Ikan siakap seekor- RM9.00
Sotong besar 1/2 kg -10 ekor -RM13.50
Udang besar 1/2 kg-20 ekor - RM11.00
Lala  sekilo - RM12.00
Kerang 1/2 kilo - RM6.00
Ketam 3 ekor - RM7.00

Bahan-bahan tumisan kuah shell  out :
Serai
Halia
Bawang merah
Bawang putih
Cili padi

Bahan-bahan  kisar:
20 batang cili kering
15 biji  bawang ros
10 ulas bawang putih
2 biji  bawang besar
2 sudu makan udang kering
1 inci halia
1 inci belacan

Bahan-bahan lain :
1 peket serbuk kari ikan baba's
1 sudu kecil garam halus
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 sudu makan gula
1 kiub ayam
3 sudu makan sos tiram
3 sudu makan sos ikan

Untuk resepi  kuah shell out boleh klik SINI...dijamin sedap 100%...

SELAMAT MENCUBA!!! 😋




Tiada ulasan: