Isnin, 23 September 2019

BIHUN GORENG BELACAN

Assalamualaikum  & selamat petang....



Bihun goreng belacan.... Goreng kosong tambah ayam sikit.... Bila goreng kosong-kosong camni tak bubuh sayur,anak-anak suka sangat....cepat jer licin... Menu yang sangat  sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan minum petang....


BAHAN-BAHAN
1 bungkus bihun faiza-celur
4 kepak ayam -potong kecil
*1 biji bawang besar
* 4 ulas  bawang putih
* 1 inci belacan
*Segenggam cili kering-10 tangkai
2 sudu sos  tiram
Sedikit kicap manis
Sedikit minyak untuk menumis
* blend bahan yang bertanda hingga lumat. 

CARA  MEMASAK:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga pecah minyak.
3. Tambahkan sos tiram & kicap manis.
4. Masukkan pula ayam dan biarkan sebentar hingga ayam masak.
5. Kemudian,masukkan bihun yang dicelur tadi dan gaul sebati.
6. Sedia untuk dihidang.

SELAMAT MENCUBA!!! 😋

Tiada ulasan: